Nota asas elektrik ini adalah antara artikel yang mula saya muat naik di rangkaian blog saya.
Sengaja saya ungah disini supaya, jika ada pegunjung yang datang mencari maklumat akan terus dapat pautan yang saya telah sediakan.
Pautan nota Asas Elektrik: –
- Asas-elektrik-01
- Asas-elektrik-02
- Asas-elektrik-03
- Asas-elektrik-04
- Asas-elektrik-05
- Asas-elektrik-06
- Asas-elektrik-07
- Asas-elektrik-08
- Asas-elektrik-09
- Asas-elektrik-10
Modul pengujian pepasangan elektrik
- Keperluan keselamatan Asas Elektrik
- Pemeriksaan dan ujian pendawaian elektrik
- Spesifikasi Bekalan Elektrik
- Pendawaian Elektrik
- Sistem kawalan dan perlindungan
- Pembumian Pepasangan Elektrik
- Jenis Dan Fungsi Aksesori Pembumian
Rujukan lain : –
- Perbezaan RCCB dan ELCB
- Senarai harga komponen suis utama dirumah.
- Aircond Kotor Cara Mudah Untuk Servis Aircond Dirumah
- Panduan sebut harga pendawaian elektrik terkini
- Panduan membeli power tools untuk kontraktor baru
- Harga terkini pendawaian elektrik
- Schneider 3P MCB 6KA = [Semak Harga]
- Schneider 1P-3P MCB EZ9 = [Semak Harga]
Contoh pendawaian untuk starter motor
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
Daripada sumber Wikipedia.
Kilat menyambar tatkala hujan lebat pada waktu malam.
Tenaga tersebar dalam bentuk cahaya apabila aliran arus elektrik yang kuat mengalir menerusi atmosfera Bumi. Elektrik (Tulisan Jawi: ايليكتريق) ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan.
Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik.
Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik.
Keupayaan elektrik (selalunya dirujuk sebagai voltan) – tenaga keupayaan per unit cas yang berkait dengan medan elektrik statik.
Arus elektrik – pergerakan atau aliran zarah-zarah bercas elektrik.
Medan elektrik – medan yang terdapat di sekeliling objek yang bercas.apabila terdapat objek bercas lain yang masuk ke medan ini, medan ini akan mengenakan daya ke atas objek tersebut.
Tenaga elektrik – tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik.
Kuasa elektrik – kadar penukaran tenaga elektrik daripada atau kepada tenaga dalam bentuk lain, seperti cahaya, haba atau tenaga mekanikal (sawat).
Cas elektrik – sifat asas terabadi pada sesetengah zarah subatom, yang menentukan saling tindak elektromagnetnya. Jirim bercas elektrik dipengaruhi oleh, dan dapat menghasilkan medan elektrik.
Nikola Tesla
Orang-orang Yunani kuno dan Parthia tahu tentang elekrik statik, iaitu dengan menggosok bahan-bahan tertentu seperti ambar pada kain bulu.
Perkataan “elektrik” itu sendiri dicipta daripada istilah bahasa Latin Baru electricus (“seakan ambar”) daripada kata akar bahasa Yunani iaitu ἤλεκτρον elektron yang bermaksud “ambar” merujuk kepada sifat ini.[1]
Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada zaman Renaissance Eropah.
Eektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan permainan-permainan,.
sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19.
Walaupun “rekaan” terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan menerbangkan layang-layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada cereka berbanding dengan fakta.
Namun teori-teorinya mengenai hubungan antara kilat dan elektrik statik telah menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik.
Dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini.
Ahli-ahli sains ini termasuklah Michael Faraday (1791–1867). Luigi Galvani (1737–1798), Alessandro Volta (1745-1827), André-Marie Ampère (1775–1836), dan Georg Simon Ohm (1789-1854).
Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 pula, ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah seperti Nikola Tesla, Samuel Morse, Antonio Meucci, Thomas Edison, George Westinghouse, Werner von Siemens, Charles Steinmetz, dan Alexander Graham Bell.
12 thoughts on “Nota Evergreen Asas Elektrik Jom Download Sekarang”